Latar belakang Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono

Nama tajuk single ini sebanyak 76 aksara dalam Bahasa Jepun.

Seramai 16 anggota yang layak menjadi anggota senbatsu single melalui "Pertandingan Batu-Gunting-Kertas ke-4" di Nippon Bodukan pada 18 September 2013. Matsui Jurina yang memenangi pertandingan ini, menjadi penyanyi posisi tengah (Center) secara buat kali pertama dalam lagu AKB48. Buat pertama kalinya, tiga pelajar kenkyuusei mengambil bahagian dalam single dan anggota senbatsu AKB48 iaitu Tsuchiyasu Mizuki (AKB48), Yumoto Ami (AKB48) dan Uno Mizuki (NMB48).

Single ini dipasarkan dalam 5 jenis: Type-A, Type-S, Type-N, Type-H dan Edisi Teater. Pada tahun 2012 dalam single ke-29 "Eien Pressure", dalam lagu Sebelah B mempunyai lagu dari SKE48, NMB48 dan HKT48 yang direkodkan, tetapi untuk nama asal jenis CD setiap lagu direkodkan, Type-B, Type-C, Type-D ditukarkan dengan nama kumpulan tersebut (huruf hadapan nama kumpulan), Type-S, Type-N, dan Type-H. Sebagai tambahan kepada tiga jenis yang dinyatakan di atas, Single ini juga keluarkan 2 jenis lagi iaitu Type-A dan Edisi Teater.

Gambar sampul memaparkan enam belas ahli Senbatsu memakai seragam pelaut. Foto gambar sampul adalah karya jurugambar Shintsubo Kenshu. Ilustrasi pada permukaan CD/DVD oleh ilustrator Kyo Machiko.

Pengambilan gambar video muzik lagu utama single ini sebahagian besar dilakukan di Ashikaga, Wilayah Tochigi. Panjang video muzik lagu ini 22 minit, dibuat seperti drama yang menceritakan gadis-gadis remaja pernah satu sekolah yang bertemu kembali di acara perjumpaan setelah 10 tahun setelah mereka berpisah. Matsui Jurina menjadi wanita kerjaya di agensi iklan , sementara Kitahara Rie telah menjadi pelakon terkenal. Koreografer video muzik ini adalah Makino Anna . Lagu single utama ini diarahkan oleh Kitamura Ryuhei yang pernah mengarahkan filem Versus dan Azumi . Video muzik lagu Sebelah B " Mosh & Dive " juga diarahkan oleh Ryuhei Kitamura.

Lagu " Suzukake ... " pertama kali dibawakan kepada orang ramai pada acara tahunan Best Hit Kayousai yang disaksikan oleh 10,500 penonton . Acara ini disiarkan oleh Yomiuri TV, dan ditayangkan secara langsung dari dari Osaka - jou Hall , Osaka oleh rangkaian televisyen Nippon TV pada 11 Disember 2013.

Lagu utama single ini digunakan sebagai lagu iklan minuman kopi dalam tin Wonda dari Asahi Soft Drinks, iklan rancangan komedi AKB48 Conte "Nanimo Soko Made" di Hikari TV, dan iklan peringatan 30 tahun berdirinya Tsutaya dari Culture Convenience Club .

Rujukan

WikiPedia: Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-253/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-255/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-257/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-259/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gNMAX-1159/ https://www.youtube.com/watch?v=7vxDlVK8KZ0 https://www.youtube.com/watch?v=ILyKNPa5pro https://www.youtube.com/watch?v=OPXRQwkpWoI https://www.youtube.com/watch?v=TTA1p8kopnw https://www.youtube.com/watch?v=xd2sowYr2H8